lencana sekolah

lencana sekolah

Bangunan Bestari

Bangunan Bestari

Bangunan Anggun

Bangunan Anggun

Isnin, 23 November 2009

Senarai nama warga guru

Nama Guru Besar :

Ustaz Ahmad Hamzani bin Basri
Dilahirkan pada 7 April 1966
Berumur 42 tahun
Tahap pendidikan : SPM
Sijil Perguruan Malaysia
Sijil Darjah Khas
Alamat : 35, Jalan Ria 2, Taman Ria 2, 83100 Rengit Batu Pahat Johor
No.telifon : 019-7807536
Mula berkhidmat : 01 Febuari 1987

Nama Guru Penolong :

1) Ustazah Zalina binti Haji Ahmad
Jawatan : Guru Penolong Kanan 1

2) Ustazah Noraini binti Misni
Jawatan : Guru Penolong Kanan HEM

3) Ustaz Baharuddin bin Baharom
Jawatan : Penolong Kanan HEM

4) Ustazah Ruzita binti Saikon
Jawatan : Guru Penolong Kanan KOKO

5) Ustazah Mariah binti Hassan
Jawatan : Guru Penolong

6) Ustaz Abdul Rahman bin Abu
Jawatan : Guru Penolong

7) Ustazah Kamsiah binti Kamsan
Jawatan : Guru Penolong

8) Ustazah Anissah binti Wagiman
Jawatan : Guru Penolong

9) Ustazah Zailaton binti Baharon
Jawatan : Guru Penolong

10) Ustazah Pon binti Salleh
Jawatan : Guru Penolong

11) Ustazah Suriah binti Junit
Jawatan : Guru Penolong

12) Ustazah Zurina binti Kamdi
Jawatan : Guru Penolong

13) Ustazah Zaharah binti Wajib
Jawatan : Guru KAFA

14) Ustazah Khalidah binti Ismail
Jawatan : Guru KAFA

15) Ustaz Mohd Nasir bin Dewar
Jawatan : Guru KAFA

16) Ustazah Rahmie binti Samsuri
Jawatan : Guru KAFA

17) Ustazah Siti Asiah binti Razali
Jawatan : Guru KAFA

18) Ustazah Noraini binti Mazlan
Jawatan : Guru TAJ

19) Ustazah Fazidatul Aisyah binti Kamdi
Jawatan : Guru TAJ

20) Ustazah Norafiza binti Mohd Syukor
Jawatan : Guru TAJ

21) Ustazah Zuraidah binti Ismail
Jawatan : Guru TAJ

22) Puan Noor Hazalin binti Hassan
Jawatan : Kerani

Wawasan dan Misi

Sekolah Agama Peserai berhasrat :

  • Membangunkan potensi serta kebolehan setiap individu murid agar mereka dapat menggunakan kebolehan masing-masing sepenuhnya untuk mencapai aspirasi diri, keluarga, masyarakat dan negara berterasan akal dan iman
  • Sekolah Agama Peserai bertekad untuk mencapai hasrat dan cita-cita murni berikut :
  • Budaya celik ilmu berdasarkan ajaran islam
  • Budaya kecemerlangan dalam semua aspek
  • Kualiti perkhidmatan cemerlang kepada murid dan pelanggan
  • Melahirkan generasi berakhlak mulia

Matlamat sekolah

  • Melahirkan murid-murid yang dapat membina cita-cita berdasarkan ilmu yang betul lagi benar
  • Melahirkan murid menjadi insan yang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, negara, agama dan sejagat
  • Menjadikan Sekolah Agama Peserai menjadi pusat kecemerlangan ilmu yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat
  • Mencapai tahap Sekolah gemilang yang berterusan berpandukan Al-Quran dan As-sunnah
  • Menanamkan sikap positif dalam sanubari murid-murid seperti mana yang ditegaskan dalam perumpamaan " Tiada Gunung Yang Tidak Dapat Dikejar "

Lokasi

  • Sekolah Agama Peserai terletak di tepi jalan raya utama antara Batu Pahat dengan Muar. Dari pusat bandar kira-kira 3 km. Bangunan sekolah di sebelah kiri jalan dari pusat bandar.
  • Sekolah Agama Peserai terletakdalam mukim 3 Batu Pahat. Sekolah Agama Peserai adalah sekolah agama yang terdapat di mukim 3.
  • Di sekeliling pagar sekolah terdapat beberapa ekar kebun penduduk tempatan dan deretan rumah-rumah kediaman persendirian.
  • Murid-murid yang bersekolah di sini sebahagian besarnya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Peserai dan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' On. Selainnya bersekolah di kawasan sekitar bandar Batu Pahat.
  • Penduduk kampung yang menghantar anak-anak ke sekolah ini terdiri daripada kampung-kampung :
  • Jalan Peserai Baru
  • Jalan Peserai Lama
  • Kampung Bintang Kiri dan Kanan
  • Kampung Muhibah
  • Kampung Sungai Kelambu
  • Kampung Lapis Peserai
  • Kampung Parit Tunggul
  • Kampung Sungai Kajang
  • Kampung Baru
  • Kampung Dalam
  • Taman Fajar
  • Taman Peserai
  • Taman Cahaya Purnama
  • Taman Bendahara
  • Taman Emas Suria
  • Taman Molek
  • Taman Warisan
  • Pencarian sara hidup ibubapa atau penjaga murid sekolah ini ialah kegiatan kerajaan dan swasta, berkebun, nelayan, dan bekerja sendiri.
  • Jarak Sekolah Agama Peserai dengan sekolah kebangsaan dan masjid jamek Al-Raudah Peserai hanya kira-kira 200 meter sahaja.

Ahad, 22 November 2009

Sejarah Sekolah

  • Sekolah Agama Peserai telah bermula pada tahun 1927 dengan menumpang di bangunan Sekolah Melayu Peserai ( kemudian bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Peserai, Batu Pahat )
  • Pada tahun 1953 Sekolah Agama Perempuan Peserai diwujudkan yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Sebelum ini pelajar perempuan ada belajar di Sekolah Agama Perempuan Mampan dan ada juga yang bersekolah di Sekolah Agama Perempuan Bandar Batu Pahat. Selain itu ada yang bersekolah di Sekolah Agama Lelaki Peserai.
  • Memandangkan ramai pelajar yang bersekolah rendah kebangsaan dan menengah di sebelah petang, maka mereka tidak dapat ke sekolah agama sebelah petang. Oleh itu, telah ditubuhkan SEkolah Agama Peserai Pagi di bangunan balai raya Peserai pada bulan Febuari 1975
  • Pada tahun1978, Sekolah Agama Lelaki dan Perempuan Peserai mula belajar di bangunan sendiri ( bangunan bekas Sekolah Kebangsaan Peserai ). Begitu juga Sekolah Agama Peserai Pagi hingga tahun 1982 mula belajar di bangunan baru ( sekarang Blok Anggun ) yang telah siap dengan perbelanjaan RM 223,792.00
  • Mulai 15 januari 1983 Sekolah Agama Perempuan dan Lelaki di gabungkan pentadbirannya dan diberi nama Sekolah Agama Peserai Petang. Ketika itu, jumlah kedua-dua sesi pagi dan petang seramai 503 orang dan gurunya 6 orang
  • Pertambahan jumlah murid semakin meningkat, oleh itu pihak sekolah telah memohon bangunan tambahan dimana pada tahun 1994 bangunan tersebut telah mula dibina di belakang bangunan yang sedia ada iaitu dibelakang Blok Anggun. Pada akhir tahun 1995 bangunan tambahan baru telah siap dibina iaitu sebuah bangunan dua tingkat yang menelan belanja sebanyak RM 120,882.01 dan mula digunakan sepenuhnya pagi dan petang bermula pada tahun 1996 ( sekarang Blok Bistari )
  • Pada tahun 1998 pentadbiran Sekolah Agama Peserai Pagi dan Petang mula digabungkan dengan nama Sekolah Agama Peserai. Sehingga kini jumlah murid pagi dan petang telah mencapai serai 1294 orang termasuk murid Tadika Agama Johor dan darjah Khas. Gurunya puyla berjumlah 24 orang dan 1 orang kerani