lencana sekolah

lencana sekolah

Bangunan Bestari

Bangunan Bestari

Bangunan Anggun

Bangunan Anggun

Ahad, 22 November 2009

Sejarah Sekolah

  • Sekolah Agama Peserai telah bermula pada tahun 1927 dengan menumpang di bangunan Sekolah Melayu Peserai ( kemudian bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Peserai, Batu Pahat )
  • Pada tahun 1953 Sekolah Agama Perempuan Peserai diwujudkan yang terdiri daripada pelajar perempuan sahaja. Sebelum ini pelajar perempuan ada belajar di Sekolah Agama Perempuan Mampan dan ada juga yang bersekolah di Sekolah Agama Perempuan Bandar Batu Pahat. Selain itu ada yang bersekolah di Sekolah Agama Lelaki Peserai.
  • Memandangkan ramai pelajar yang bersekolah rendah kebangsaan dan menengah di sebelah petang, maka mereka tidak dapat ke sekolah agama sebelah petang. Oleh itu, telah ditubuhkan SEkolah Agama Peserai Pagi di bangunan balai raya Peserai pada bulan Febuari 1975
  • Pada tahun1978, Sekolah Agama Lelaki dan Perempuan Peserai mula belajar di bangunan sendiri ( bangunan bekas Sekolah Kebangsaan Peserai ). Begitu juga Sekolah Agama Peserai Pagi hingga tahun 1982 mula belajar di bangunan baru ( sekarang Blok Anggun ) yang telah siap dengan perbelanjaan RM 223,792.00
  • Mulai 15 januari 1983 Sekolah Agama Perempuan dan Lelaki di gabungkan pentadbirannya dan diberi nama Sekolah Agama Peserai Petang. Ketika itu, jumlah kedua-dua sesi pagi dan petang seramai 503 orang dan gurunya 6 orang
  • Pertambahan jumlah murid semakin meningkat, oleh itu pihak sekolah telah memohon bangunan tambahan dimana pada tahun 1994 bangunan tersebut telah mula dibina di belakang bangunan yang sedia ada iaitu dibelakang Blok Anggun. Pada akhir tahun 1995 bangunan tambahan baru telah siap dibina iaitu sebuah bangunan dua tingkat yang menelan belanja sebanyak RM 120,882.01 dan mula digunakan sepenuhnya pagi dan petang bermula pada tahun 1996 ( sekarang Blok Bistari )
  • Pada tahun 1998 pentadbiran Sekolah Agama Peserai Pagi dan Petang mula digabungkan dengan nama Sekolah Agama Peserai. Sehingga kini jumlah murid pagi dan petang telah mencapai serai 1294 orang termasuk murid Tadika Agama Johor dan darjah Khas. Gurunya puyla berjumlah 24 orang dan 1 orang kerani

1 ulasan:

  1. Saya bekal pelajar sekolah ni...
    dari bangunan lama pindah ke bangunan baru ... last tahun1982... memori..

    BalasPadam